Wednesday, July 29, 2020

Aktiviti Kelab Staf.

Aktiviti Kelab Staf, iaitu Program Sekampit Beras telah dilaksanakan pada 28 Julai 2020 - Selasa. Program ini disempurnakan oleh Ybhg Datin Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang JUSA C, Maktab Sabah, Kota Kinabalu. Program ini yang sepatutnya diadakan pada bulan Ramadhan, terpaksa ditunda ke bulan Zulhijjah ekoran Pandemik Covid:19.














Monday, July 20, 2020

Suka Hati.







Bila rakan rakan bawa...ikut je lah..janji semua senang hati. Gambatan di luar bilik Bimbingan dan Kaunseling. Inilah kalau orang dewasa suka bergambar, disetiap sudut semua perlu diperlihatkan. Antara kaedah dalam mengeratkan kekeluargaan di Maktab Sabah Kota Kinabalu. Semua ini akan menjadi kenangan indah apabila sampai masa di titik akhir perkhidmatan. Kesetiaan masih lagi di Maktab Sabah, kerana cinta dan sayangkan sekolah.

Sunday, July 19, 2020

Program By Your Side Putrira.

Pada 17 Julai 2020 Jumaat, Asrama Malaysia Sabah (AMAL SABAH) telah menganjurkan Program By Your Side Putrira AMAL SABAH SPM/STPM 2020. Program ini adalah khusus kepada murid-murid Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 yang tinggal di asrama. Ia adalah program motivasi dimana terdapat beberapa orang guru diminta untuk menaikkan semangat pelajar-pelajar tersebut. Program ini disempurnakan penutupannya oleh Ybhg Datin Hajah Nuinda Binti Haji Alias, Pengetua Cemerlang JUSA C, Maktab Sabah Kota Kinabalu. Dalam majlis itu turut dihadir oleh Ybhg Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor, YDP PIBG dan Exco PIBG En. Roslan Abdul Rahman. Dalam majlis itu juga, turut menampilkan bakat-bakat pelajar AMAL dengan menyampaikan beberapa buah lagu sebagai penyeri majlis. Adalah diharapkan majlis sedemikian dapat memberi pelajar celik akal dan merebut setiap ruang yang ada sebagai peluang untuk memperbaiki prestasi diri.